DEFINISI KELUARGA
Keluarga
adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai
satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan
darah, ikatan perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah
yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga dan makan dalam satu periuk.
Terdapat beberapa definisi keluarga dari
beberapa sumber, iaitu :-
v Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga.
v Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga karena adanya hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peran masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya.
v Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling kebergantungan.
Suatu keluarga setidaknya memiliki
ciri-ciri sebagai berikut :-
- Terdiri dari orang-orang yang memiliki ikatan darah atau adopsi.
- Anggota suatu keluarga biasanya hidup bersama-sama dalam satu rumah dan mereka membentuk satu rumah tangga.
- Memiliki satu kesatuan orang-orang yang berinteraksi dan saling berkomunikasi, yang memainkan peranan suami dan isteri, bapa dan ibu, anak dan saudara.
Bahagia
dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dan lahir dari
hati seseorang dengan sifat-sifat mulia dan terpuji seperti amanah, bersyukur, bersangka baik terhadap
orang lain dan sebagainya yang kalau dikaitkan dalam sesebuah rumahtangga
bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu yang amat perlu dalam kehidupan
berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup sama ada di dunia mahupun di
akhirat
CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA
Ø Mengingati hari istimewa dalam keluarga.
Ø Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keluarga.
Ø Menjaga keselamatan anggota keluarga.
Ø Menghargai anggota keluarga.
Ø Mempunyai didikan agama.
Ø Merahsiakan masalah rumah tangga.
Ø Sabar dan bertolak ansur.
Ø Mendoakan kebaikan dan kebahagiaan keluarga.
Ø Mengambil berat tentang masalah keluarga.
Ø Bersederhana
Ø Kemantapan ilmu dan akal
Ø Keluarga yang berakhlak mulia.
Ø Sentiasa bersyukur
CARA-CARA MEMBINA
KELUARGA BAHAGIA
PERANAN IBU BAPA
- Memberikan didikan agama dan moral yang teguh Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah buta manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh– (dapat membezakan hak dengan batil)
- Memantau pergerakan anak-anak yang baru berusia setahun jagung dan berdarah setampuk pinang, Mencurahkan kasih sayang yang secukupnya – (bagai menatang minyak yang penuh)
- Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak jangan terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan – (Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim)
PERANAN ANAK-ANAK
v menuruti ajaran ibu bapa
v harus belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa
v memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya
v mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit
PERANAN AHLI KELUARGA
v
saling
menghormati dan memahami
v
bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya
pertelingkahan dan perselisihan faham
v
Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan
damai, saling membantu dan bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing
Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi.
v
Pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja zaman sekarang
pastinya merisaukan anda sebagai ibu bapa apatah lagi jika anak anda
sedang meningkat dewasa.
v
berikan didikan agama dan moral yang mencukupi kerana
ia dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan anak-anak
sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia
v
kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan keluarga daripada bercerai-berai.
Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain.
v
Wujudkan suasana dan sikap saling menghormati antara satu
sama lain di kalangan anak- anak dan ahli keluarga anda.
v
Jangan biarkan mereka meninggikan suara dan juga
memanggil antara satu sama lain dengan panggilan untuk kawan.
v
sikap saling membantu juga perlu diterapkan.
Kerapkan Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain.
v
Komunikasi merupakan salah satu cara membentuk
keluarga bahagia.
v
Ini adalah kerana komunikasi yang salah akan
menimbulkan pelbagai impak yang tidak baik kepada keluarga seperti
bergaduh dan bercerai.
v
Sekiranya anda dan pasangan menghadapi konflik,luahkan
segala masalah yang dihadapi dan berbincang secara terbuka agar konflik
dapat ditangani dengan cara yang paling baik.
v
Berikan ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan
jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.
Mencurahkan Kasih Sayang Dan Meluangkan Masa Bersama
Anak-Anak
v Sudah semestinya pada zaman pemodenan ini,tugas ibu bapa
mencari rezeki sememangnya mencabar. Kadangkala tanggungjawab sebagai ibu bapa
kepada anak-anak diabaikan kerana sibuk mencari nafkah bagi meningkatkan taraf
hidup masing-masing. Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang
semakin meningkat.
v Anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan
perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Sudah pasti anak-anak akan
gembira sekiranya anda sebagai ibu bapa menunjukkan kasih sayang dan meluangkan
masa yang berkualiti bersama anak-anak.
v Contohnya anda boleh menemani anak anda melakukan aktiviti
yang disukai seperti bermain,berjalan-jalan atau juga membawa mereka bercuti
mahupun berkelah. Pastinya tindakan ini akan merapatkan lagi hubungan anda
bersama anak-anak.
Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi.
v Pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja zaman sekarang
pastinya merisaukan anda sebagai ibu bapa apatah lagi jika anak anda
sedang meningkat dewasa. Oleh itu,berikan didikan agama dan moral yang
mencukupi kerana ia dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi di kalangan
anak-anak sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga
bahagia. Bagi ibu bapa pula,kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan
keluarga daripada bercerai-berai.
FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG PROSES PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA
1) Tiada ilmu yang cukup dalam mengurus
rumah tangga
rumah tangga
© Kebanyakan kes keruntuhan rumah tangga yang berlaku berpunca daripada
ketiadaan ilmu yang cukup dalam mengendalikan sebuah keluarga. Bertambah malang
apabila ada Antara pasangan suami isteri yang enggan merujuk kepada orang yang
berpengalaman.
2) Tidak bersedia berhadapan dengan
Masalah
© Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau
besar,ia perlu diatasi berlandaskan pemikiran yang bijak. Jika seseorang itu
tidak bersedia berhadapan dengan masalah maka sukar baginya untuk membentuk
sebuah keluarga yang harmoni.
3) Tidak berfikiran
jauh
© Hanya
memenuhi keperluan perancangan jangka pendek sahaja dan mengabaikan
keperluan perancangan jangka panjang.
4) Berpuas hati
dengan apa yang dimiliki
© Pemikiran
seperti ini kurang memberi kebaikan kepadaperjalanan keluarga di masa hadapan.
5) Mengabaikan perintah agama
© Menganggap
agama tidak perlu dalam urusan harian adalah kesilapan paling besar dan
merugikan.Ini kerana agama adalah asas kepada kehidupan seorang manusia.Jika
tidak melaksanakannya dengan sempurna maka kehidupan harmoni tidak dapat
dikecapi.
TANGGUNGJAWAB
INDIVIDU TERHADAP KELUARGA
Manusia
adalah sebagai makhluk individu dalam arti tidak dapat di pisahkan antara jiwa
dan raganya, oleh karena itu dalam proses perkembangannya perlu keterpaduan
antara perkembangan jasmani maupun rohaninya.
Sebagai
makhluk sosial seorang individu tidak dapat berdiri sendiri, saling membutuhkan
antara yang satu dengan yang lainnya, dan saling mengadakan hubungan sosial di
tengah – tengah masyarakat
Keluarga
dengan berbagai fungsi yang dijalankan adalah sebagai wahana dimana seorang
individu mengalami proses sosialisasi yang pertama kali, sangat penting artinya
dalam mengarahkan terbentuknya individu menjadi seorang yang berperibadi.
a. Membentuk
Keluarga Bahagia
i. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga
ª Berusaha
mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun
perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.
ii. Memberi kasih saying
ª Kasih sayang
memberi pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang merupakan satu
cetusan emosinterhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan suasana,
sik ap dan harapan seseorang atau sesuatu yang lain. Jangan
menyembunyikan perasaan cinta dan kasih sayang dan perasaan itu perlulah
disokong melalui sentuhan, belaian dan pemahaman yang ikhlas.
b. Pendidikan
Anak-Anak
i.Memberi motivasi kepada anak-anak
ª Menunjukkan
rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau kepujian
dalam ujian atau peperiksaan di sekolah, ini akan menambahkan lagi keyakinan
anak-anak. Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan
mencapai kejayaan.
ii.Sentiasa
membimbing anak-anak
ª Sentiasa
membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, berbincang tentang pelajaran
anak-anak dan menyemak buku latihan pelajaran anak-anak.
iii Memberi contoh teladan yang baik
ª Perlu ada modal
yang boleh dijadikan contoh untuk diteladani oleh anak-anak dan modal yang
terbaik ialah ibu bapa itu sendiri.
c. Menyediakan
Makanan, Tempat Tinggal Dan Pakaian
i. Menyediakan tempat tinggal dan pakaian
ª Semasa perayaan
seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli keluarga dan juga menyediakan
tempat tinggal yang selesa untuk keluarga membentuk suasana yang ceria.
ii. Membeli keperluan bersama-sama
ª Adakalanya ahli
keluarga boleh membeli barang keperluan bersama-sama supaya dapat membahagikan
kerja. Ini juga tidak akan menyusahkan seseorang individu sahaja.
iii. Saling membantu
ª Ahli keluarga
perlu saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan makanan,
mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain. Dalam hubungan ini akan menimbulkan
kemesraan dalam keluarga.
d.
Menghormati Orang Yang Lebih Tua
v Mudah
untuk menerima orang tua begitu saja tanpa penghargaan lebih. Kita lupa
pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita, dan usaha yang diperlukan untuk
membesarkan anak yang sehat dan bahagia. Rasa hormat adalah dasar untuk
mencintai, dan salah satu cara terbaik untuk menunjukkan pada orang tua bahwa
Anda mencintai mereka adalah dengan memperlakukan mereka dengan hormat.
Kebiasaan-kebiasaan kecil yang bisa Anda masukkan dalam rutinitas sehari-hari,
dan sikap positif dan penuh cinta akan membuat mereka merasa dicintai dan dihormati,
dan bangga memiliki anda sebagai anak.
KESIMPULAN
Sebuah keluarga itu adalah asas kepada
sebuah masyarakat. Jika sebuah keluarga itu utuh dan mengamalkan kasih sayang
di antara ahlinya, sudah tentu ia akan dapat melahirkan masyarakat penyayang
dan baik dalam semua segi. Kewujudan keluarga bahagia dan penyayang hanya akan
lahir daripada sebuah keluarga yang harmoni. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu
memainkan peranan positif ke arah mewujudkan keluarga penyayang bagi
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
PENGAJARAN
ª Kita mestilah
menyayangi dan menghormati ahli keluarga kita.
ª Kita mestilah
menjaga dan melindungi ahli keluarga kita
antara satu sama lain.
ª Kita hendaklah
saling bantu membantu antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga.
ª Kita juga
mestilah mendengar nasihat yang diberi oleh ahli keluarga kita.
ª Kita patutlah
bergaul mesra dengan ahli keluarga kita.
ª Kita haruslah
mengenang jasa ahli keluarga kita.
SAJAK KELUARGA BAHAGIA
Keluarga bahagia syair kukarang,
Mesra bersama tinggal di sarang,
Ketua keluarga bapa tak garang,
Bergurau senda sentiasa girang.
Membina keluarga asasnya takwa,
Cahaya keimanan terbawa-bawa,
Asas keagamaan dipandang lawa,
Perkara maksiat janganlah dirawa.
Aman damai hidup berkeluarga,
Tiada wasangka tiadalah curiga,
Khalayak melihat terpalit bangga,
Sempurna semua rumah tangga.
Rumahku syurgaku jadi idaman,
Satu keluarga mesra senyuman,
Selalu berbincang secara aman,
Beriadah bersama ada di taman.
Sayangi keluarga setiap masa,
Ibu dan bapa hormat sentiasa,
Solat berjemaah amalan biasa,
Makan bersama wajib terpaksa.
Dikurniakan zuriat permata hati,
Bahagia kepalang detik dinanti,
Riuh-rendah kerenah diperhati,
Sangat terhibur bahagia meniti.
Semua sepakat satu pendapat,
Ahli keluarga sama rata dapat,
Tiada dibeza istimewa terdapat,
Sama saja mana-mana tempat.
Agama dihayati terus-terusan,
Ibu dan bapa selalu berpesan,
Didik anak-anak satu tugasan,
Jangan suka memberi alasan.
Jalin hubungan mesra dan akrab,
Santun berbicara sangat diharap,
Bincang bersama perlulah kerap,
Keluarga bahagia tentu mujarab.
Kebersihan rumah dijaga selalu,
Hari minggu gotong-royong perlu,
Tumbuh kerjasama sejak dahulu,
Rumah yang kotor mata berbulu.
Ahi keluarga dijaga keselamatan,
Nyawa terjamin biarlah kelihatan,
Jaga mereka sebagaimana intan,
Ambil tugasan kalau anak jantan.
Suasana di rumah perlu selesa,
Tabung isi rumah dikongsi rasa,
Ekonomi kukuh enak berperisa,
Jangan membazir buatlah biasa.
Karangan hamba tamat di sini,
Keluarga bahagia moga begini,
Syair yang kusam tidak berseni,
Kemaafan kupinta berguni-guni.
Ambillah intan seandainya ada,
Syair kugubah cantiknya tiada,
Permainan kata terbit di minda,
Ceritera keluarga tidak bernoda.
Mesra bersama tinggal di sarang,
Ketua keluarga bapa tak garang,
Bergurau senda sentiasa girang.
Membina keluarga asasnya takwa,
Cahaya keimanan terbawa-bawa,
Asas keagamaan dipandang lawa,
Perkara maksiat janganlah dirawa.
Aman damai hidup berkeluarga,
Tiada wasangka tiadalah curiga,
Khalayak melihat terpalit bangga,
Sempurna semua rumah tangga.
Rumahku syurgaku jadi idaman,
Satu keluarga mesra senyuman,
Selalu berbincang secara aman,
Beriadah bersama ada di taman.
Sayangi keluarga setiap masa,
Ibu dan bapa hormat sentiasa,
Solat berjemaah amalan biasa,
Makan bersama wajib terpaksa.
Dikurniakan zuriat permata hati,
Bahagia kepalang detik dinanti,
Riuh-rendah kerenah diperhati,
Sangat terhibur bahagia meniti.
Semua sepakat satu pendapat,
Ahli keluarga sama rata dapat,
Tiada dibeza istimewa terdapat,
Sama saja mana-mana tempat.
Agama dihayati terus-terusan,
Ibu dan bapa selalu berpesan,
Didik anak-anak satu tugasan,
Jangan suka memberi alasan.
Jalin hubungan mesra dan akrab,
Santun berbicara sangat diharap,
Bincang bersama perlulah kerap,
Keluarga bahagia tentu mujarab.
Kebersihan rumah dijaga selalu,
Hari minggu gotong-royong perlu,
Tumbuh kerjasama sejak dahulu,
Rumah yang kotor mata berbulu.
Ahi keluarga dijaga keselamatan,
Nyawa terjamin biarlah kelihatan,
Jaga mereka sebagaimana intan,
Ambil tugasan kalau anak jantan.
Suasana di rumah perlu selesa,
Tabung isi rumah dikongsi rasa,
Ekonomi kukuh enak berperisa,
Jangan membazir buatlah biasa.
Karangan hamba tamat di sini,
Keluarga bahagia moga begini,
Syair yang kusam tidak berseni,
Kemaafan kupinta berguni-guni.
Ambillah intan seandainya ada,
Syair kugubah cantiknya tiada,
Permainan kata terbit di minda,
Ceritera keluarga tidak bernoda.
RUJUKAN
SUMBER INTERNET…
§ http://www.kajianpustaka.com/2012/11/definisi-fungsi-dan-bentuk-keluarga.html
§ https://gstt008657.wordpress.com/2012/05/07/13/
§ https://sites.google.com/site/ipbasivik/langkah-membina-keluarga-bahagia
§http://vikiheman.blogspot.my/2015/09/tanggungjawab-individu-terhadap keluarga_44.html
§ https://www.youtube.com/watch?v=pStS-W4ZNYY
§https://rezaafirmansyah.wordpress.com/2012/10/13/peranan-individu-terhadap-keluarga-dan-masyarakat/
BUKU...
§ Buku nilai
masyarakat ( TOPIK 3 ) FADZILAH BINTI
ABD RAHMAN
No comments:
Post a Comment