Monday 29 February 2016

PERANAN INDIVIDU TERHADAP KELUARGA

DEFINISI KELUARGA

Keluarga adalah salah satu kelompok atau kumpulan manusia yang hidup bersama sebagai satu kesatuan atau unit masyarakat terkecil dan biasanya selalu ada hubungan darah, ikatan perkawinan atau ikatan lainnya, tinggal bersama dalam satu rumah yang dipimpin oleh seorang kepala keluarga dan makan dalam satu periuk.



Terdapat beberapa definisi keluarga dari beberapa sumber, iaitu :-


v Keluarga adalah sekumpulan orang dengan ikatan perkawinan, kelahiran, dan adopsi yang bertujuan untuk menciptakan, mempertahankan budaya, dan meningkatkan perkembangan fisik, mental, emosional, serta sosial dari tiap anggota keluarga.
v Keluarga adalah dua atau lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga karena adanya hubungan darah, perkawinan, atau adopsi. Mereka saling berinteraksi satu dengan yang lain, mempunyai peran masing-masing dan menciptakan serta mempertahankan suatu budaya.
v Keluarga merupakan unit terkecil dari masyarakat yang terdiri dari kepala keluarga dan beberapa orang yang berkumpul dan tinggal di suatu tempat di bawah satu atap dalam keadaan saling kebergantungan.

Suatu keluarga setidaknya memiliki ciri-ciri sebagai berikut :-

  •   Terdiri dari orang-orang yang memiliki ikatan darah atau adopsi.
  •   Anggota suatu keluarga biasanya hidup bersama-sama dalam satu rumah dan mereka     membentuk satu rumah tangga.
  •   Memiliki satu kesatuan orang-orang  yang berinteraksi dan saling berkomunikasi, yang   memainkan peranan suami dan isteri, bapa dan ibu, anak dan saudara.

KELUARGA BAHAGIA

Bahagia dapat didefinisikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dan lahir dari hati seseorang dengan sifat-sifat mulia dan terpuji seperti  amanah, bersyukur, bersangka baik terhadap orang lain dan sebagainya yang kalau dikaitkan dalam sesebuah rumahtangga bahawa kebahagiaan itu merupakan suatu yang amat perlu dalam kehidupan berkeluarga kerana ia menjamin matlamat hidup sama ada di dunia mahupun di akhirat  

CIRI-CIRI KELUARGA BAHAGIA

    ØBerkomunikasi secara sopan.
    Ø  Mengingati hari istimewa dalam keluarga.
    Ø  Melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti keluarga.
    Ø  Menjaga keselamatan anggota keluarga.
    Ø  Menghargai anggota keluarga.
    Ø  Mempunyai didikan agama.
    Ø  Merahsiakan masalah rumah tangga.
    Ø  Sabar dan bertolak ansur.
    Ø  Mendoakan kebaikan dan kebahagiaan keluarga.
    Ø  Mengambil berat tentang masalah keluarga.
    Ø  Bersederhana
    Ø  Kemantapan ilmu dan akal
    Ø  Keluarga yang berakhlak mulia.
    Ø  Sentiasa bersyukur   

    CARA-CARA MEMBINA KELUARGA BAHAGIA

    PERANAN IBU BAPA 
    • Memberikan didikan agama dan moral yang teguh                                                Albert Einstein, agama tanpa ilmu adalah buta manakala ilmu tanpa agama adalah lumpuh– (dapat membezakan hak dengan batil)
    • Memantau pergerakan anak-anak yang baru berusia setahun  jagung dan berdarah setampuk pinang,                                                                                             Mencurahkan kasih sayang yang secukupnya – (bagai menatang minyak yang penuh)
    • Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak                  jangan terlalu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan – (Hukuma-hakama Arab pernah mengatakan anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim)






        PERANAN ANAK-ANAK

    v menuruti ajaran ibu bapa
    v harus belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa
    v memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya
    v mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit


         PERANAN AHLI KELUARGA

    v  saling menghormati dan memahami
    v bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
    v Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling membantu dan bekerjasama bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing


    Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi.

    v Pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja zaman sekarang pastinya merisaukan anda  sebagai ibu bapa apatah lagi jika anak anda sedang meningkat dewasa.
    v berikan  didikan agama dan moral yang mencukupi kerana ia dapat membentuk nilai sahsiah yang  tinggi di kalangan anak-anak sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah  keluarga bahagia
    v kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan  keluarga daripada bercerai-berai.


    Saling Menghormati Antara Satu Sama Lain.

    v Wujudkan suasana dan sikap saling menghormati antara satu sama lain di kalangan anak- anak dan ahli keluarga anda.
    v Jangan biarkan mereka meninggikan suara dan juga  memanggil antara satu sama lain dengan panggilan untuk kawan.
    v sikap saling  membantu juga perlu diterapkan. 

    Kerapkan Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain.

    v  Komunikasi merupakan salah satu cara membentuk keluarga bahagia.
    v Ini adalah kerana    komunikasi yang salah akan menimbulkan pelbagai impak yang tidak baik kepada keluarga  seperti bergaduh dan bercerai.
    v Sekiranya anda dan pasangan menghadapi konflik,luahkan segala masalah yang dihadapi  dan berbincang secara terbuka agar konflik dapat ditangani dengan cara yang paling baik.
    v Berikan ruang kepada pasangan untuk meluahkan pandangan dan jadilah pendengar yang baik kepada pasangan anda.

    Mencurahkan Kasih Sayang Dan Meluangkan Masa Bersama Anak-Anak

    v Sudah semestinya pada zaman pemodenan ini,tugas ibu bapa mencari rezeki sememangnya mencabar. Kadangkala tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak diabaikan kerana sibuk mencari nafkah bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing.  Hal ini disebabkan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat.
    v Anak-anak merupakan golongan yang memerlukan kasih sayang dan perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa mereka. Sudah pasti anak-anak akan gembira sekiranya anda sebagai ibu bapa menunjukkan kasih sayang dan meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak.

    v Contohnya anda boleh menemani anak anda melakukan aktiviti yang disukai seperti bermain,berjalan-jalan atau juga membawa mereka bercuti mahupun berkelah. Pastinya tindakan ini akan merapatkan lagi hubungan anda bersama anak-anak.

    Memberikan Didikan Agama Dan Moral Yang Mencukupi.

    v Pelbagai kes sosial yang berlaku pada remaja zaman sekarang pastinya merisaukan anda  sebagai ibu bapa apatah lagi jika anak anda sedang meningkat dewasa. Oleh itu,berikan  didikan agama dan moral yang mencukupi kerana ia dapat membentuk nilai sahsiah yang  tinggi di kalangan anak-anak sekaligus menyumbang ke arah pembentukan sebuah  keluarga bahagia. Bagi ibu bapa pula,kesabaran yang tinggi diperlukan untuk mengelakkan  keluarga daripada bercerai-berai.


    FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG PROSES PEMBENTUKAN KELUARGA BAHAGIA

    1)  Tiada ilmu yang cukup dalam mengurus
         rumah tangga

    ©      Kebanyakan kes keruntuhan rumah tangga yang berlaku berpunca daripada ketiadaan ilmu yang cukup dalam mengendalikan sebuah keluarga. Bertambah malang apabila ada Antara pasangan suami isteri yang enggan merujuk kepada orang yang berpengalaman.

    2)  Tidak bersedia berhadapan dengan
         Masalah

    ©      Tidak kira sama ada masalah tersebut kecil atau besar,ia perlu diatasi berlandaskan pemikiran yang bijak. Jika seseorang itu tidak bersedia berhadapan dengan masalah maka sukar baginya untuk membentuk sebuah keluarga yang harmoni.

    3)  Tidak berfikiran jauh

    ©       Hanya memenuhi keperluan perancangan jangka pendek sahaja dan mengabaikan keperluan perancangan jangka panjang. 

    4)  Berpuas hati dengan apa yang dimiliki

    ©      Pemikiran seperti ini kurang memberi kebaikan kepadaperjalanan keluarga di masa hadapan.

    5)  Mengabaikan perintah agama

    ©      Menganggap agama tidak perlu dalam urusan harian adalah kesilapan paling besar dan merugikan.Ini kerana agama adalah asas kepada kehidupan seorang manusia.Jika tidak melaksanakannya dengan sempurna maka kehidupan harmoni tidak dapat dikecapi.


    TANGGUNGJAWAB INDIVIDU TERHADAP KELUARGA

    Manusia adalah sebagai makhluk individu dalam arti tidak dapat di pisahkan antara jiwa dan raganya, oleh karena itu dalam proses perkembangannya perlu keterpaduan antara perkembangan jasmani maupun rohaninya.

    Sebagai makhluk sosial seorang individu tidak dapat berdiri sendiri, saling membutuhkan antara yang satu dengan yang lainnya, dan saling mengadakan hubungan sosial di tengah – tengah  masyarakat

    Keluarga dengan berbagai fungsi yang dijalankan adalah sebagai wahana dimana seorang individu mengalami proses sosialisasi yang pertama kali, sangat penting artinya dalam mengarahkan terbentuknya individu menjadi seorang yang berperibadi.


    Antara peranan individu dalam keluarga ialah :-




    a.   Membentuk Keluarga Bahagia

      i. Mengingati tarikh-tarikh penting dalam keluarga
    ª      Berusaha mengingati tarikh-tarikh istimewa setiap ahli keluarga seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir dan sebagainya.

      iiMemberi kasih saying
    ª      Kasih sayang memberi pengaruh besar dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang merupakan satu cetusan emosinterhadap sesuatu atau seseorang. Ia melibatkan suasana, sik   ap dan harapan seseorang atau sesuatu yang lain. Jangan menyembunyikan perasaan cinta dan kasih sayang dan perasaan itu perlulah disokong melalui sentuhan, belaian dan pemahaman yang ikhlas.

    b.    Pendidikan Anak-Anak

    i.Memberi motivasi kepada anak-anak
    ª      Menunjukkan rasa kagum dan bangga jika anak-anak mendapat markah yang tinggi atau kepujian dalam ujian atau peperiksaan di sekolah, ini akan menambahkan lagi keyakinan anak-anak. Berikan pujian untuk menguatkan lagi semangatnya untuk belajar dan mencapai kejayaan.

      ii.Sentiasa membimbing anak-anak
    ª      Sentiasa membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah, berbincang tentang pelajaran anak-anak dan menyemak buku latihan pelajaran anak-anak.

     iii Memberi contoh teladan yang baik
    ª      Perlu ada modal yang boleh dijadikan contoh untuk diteladani oleh anak-anak dan modal yang terbaik ialah ibu bapa itu sendiri.

    c.    Menyediakan Makanan, Tempat Tinggal Dan Pakaian

       i. Menyediakan tempat tinggal dan pakaian
    ª      Semasa perayaan seseorang individu boleh menyediakan pakaian ahli keluarga dan juga menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk keluarga membentuk suasana yang ceria.

     ii. Membeli keperluan bersama-sama
    ª      Adakalanya ahli keluarga boleh membeli barang keperluan bersama-sama supaya dapat membahagikan kerja. Ini juga tidak akan menyusahkan seseorang individu sahaja.

     iii. Saling membantu
    ª      Ahli keluarga perlu saling membantu dalam berbagai perkara seperti penyediaan makanan, mencuci pinggan mangkuk dan lain-lain. Dalam hubungan ini akan menimbulkan kemesraan dalam keluarga.


     d. Menghormati Orang Yang Lebih Tua
     v Mudah untuk menerima orang tua begitu saja tanpa penghargaan lebih. Kita lupa pengorbanan yang mereka lakukan untuk kita, dan usaha yang diperlukan untuk membesarkan anak yang sehat dan bahagia. Rasa hormat adalah dasar untuk mencintai, dan salah satu cara terbaik untuk menunjukkan pada orang tua bahwa Anda mencintai mereka adalah dengan memperlakukan mereka dengan hormat. Kebiasaan-kebiasaan kecil yang bisa Anda masukkan dalam rutinitas sehari-hari, dan sikap positif dan penuh cinta akan membuat mereka merasa dicintai dan dihormati, dan bangga memiliki anda sebagai anak.






    KESIMPULAN

    Sebuah keluarga itu adalah asas kepada sebuah masyarakat. Jika sebuah keluarga itu utuh dan mengamalkan kasih sayang di antara ahlinya, sudah tentu ia akan dapat melahirkan masyarakat penyayang dan baik dalam semua segi. Kewujudan keluarga bahagia dan penyayang hanya akan lahir daripada sebuah keluarga yang harmoni. Ibu bapa dan ahli keluarga perlu memainkan peranan positif ke arah mewujudkan keluarga penyayang bagi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

    PENGAJARAN

    ª      Kita mestilah menyayangi dan menghormati ahli keluarga kita.
    ª      Kita mestilah menjaga dan melindungi ahli keluarga kita  antara satu sama lain.
    ª      Kita hendaklah saling bantu membantu antara satu sama lain dalam sesebuah keluarga.
    ª      Kita juga mestilah mendengar nasihat yang diberi oleh ahli keluarga kita.
    ª      Kita patutlah bergaul mesra dengan ahli keluarga kita.
    ª      Kita haruslah mengenang jasa ahli keluarga kita.


    SAJAK KELUARGA BAHAGIA

    Keluarga bahagia syair kukarang,
    Mesra bersama tinggal di sarang,
    Ketua keluarga bapa tak garang,
    Bergurau senda sentiasa girang.


    Membina keluarga asasnya takwa,
    Cahaya keimanan terbawa-bawa,
    Asas keagamaan dipandang lawa,
    Perkara maksiat janganlah dirawa.

    Aman damai hidup berkeluarga,
    Tiada wasangka tiadalah curiga,
    Khalayak melihat terpalit bangga,
    Sempurna semua rumah tangga.

    Rumahku syurgaku jadi idaman,
    Satu keluarga mesra senyuman,
    Selalu berbincang secara aman,
    Beriadah bersama ada di taman.

    Sayangi keluarga setiap masa,
    Ibu dan bapa hormat sentiasa,
    Solat berjemaah amalan biasa,
    Makan bersama wajib terpaksa.

    Dikurniakan zuriat permata hati,
    Bahagia kepalang detik dinanti,
    Riuh-rendah kerenah diperhati,
    Sangat terhibur bahagia meniti.

    Semua sepakat satu pendapat,
    Ahli keluarga sama rata dapat,
    Tiada dibeza istimewa terdapat,
    Sama saja mana-mana tempat.

    Agama dihayati terus-terusan,
    Ibu dan bapa selalu berpesan,
    Didik anak-anak satu tugasan,
    Jangan suka memberi alasan.

    Jalin hubungan mesra dan akrab,
    Santun berbicara sangat diharap,
    Bincang bersama perlulah kerap,
    Keluarga bahagia tentu mujarab.

    Kebersihan rumah dijaga selalu,
    Hari minggu gotong-royong perlu,
    Tumbuh kerjasama sejak dahulu,
    Rumah yang kotor mata berbulu.

    Ahi keluarga dijaga keselamatan,
    Nyawa terjamin biarlah kelihatan,
    Jaga mereka sebagaimana intan,
    Ambil tugasan kalau anak jantan.

    Suasana di rumah perlu selesa,
    Tabung isi rumah dikongsi rasa,
    Ekonomi kukuh enak berperisa,
    Jangan membazir buatlah biasa.

    Karangan hamba tamat di sini,
    Keluarga bahagia moga begini,
    Syair yang kusam tidak berseni,
    Kemaafan kupinta berguni-guni.

    Ambillah intan seandainya ada,
    Syair kugubah cantiknya tiada,
    Permainan kata terbit di minda,
    Ceritera keluarga tidak bernoda.



    RUJUKAN
    SUMBER INTERNET
    §  http://www.kajianpustaka.com/2012/11/definisi-fungsi-dan-bentuk-keluarga.html
    §  https://gstt008657.wordpress.com/2012/05/07/13/
    §  https://sites.google.com/site/ipbasivik/langkah-membina-keluarga-bahagia
    §http://vikiheman.blogspot.my/2015/09/tanggungjawab-individu-terhadap keluarga_44.html
    §  https://www.youtube.com/watch?v=pStS-W4ZNYY
    §https://rezaafirmansyah.wordpress.com/2012/10/13/peranan-individu-terhadap-keluarga-dan-masyarakat/


    BUKU...
    §  Buku nilai masyarakat ( TOPIK 3 )  FADZILAH BINTI ABD RAHMAN

    No comments:

    Post a Comment